Sunday, April 22, 2012

20 Sifat Bagi Allah

Assalamualaikum semua .. 
mulakan tengahari anda dgn senyuman OK .. !!
1 2 3 say cheeeseee ..!!
ha, molek pon .. hehe

oklah, update untuk hari ini dan pada waktu ini iaitu jam menunjukkan pukul 1:47pm, saya ingin menerangkan atau membentangkan tentang "sifat 20 bg Allah". Mungkin ada yg tahu dan juga mungkin ada yg tidak tahu. oleh itu saya mahu berkongsi pengetahuan sy bersama anda semua. =)

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.
sifat 20 itu ialah :

1. sifat wajib : wujud
makna : ada
sifat mustahil : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

2. sifat wajib : qidam
makna : sedia
sifat mustahil : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

3.sifat wajib : baqa
makna : kekal
sifat mustahil : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

4. sifat wajib : mukhalafatuhu lilhawadis
makna : tidak sama dengan yang baharu
sifat mustahil : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5. sifat wajib : qiyamuhuu binafsih
makna : berdiri dengan dirinya sendiri
sifat mustahil : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6. sifat wajib : wahadaaniyat
makna : Esa
sifat mustahil : Allah itu Maha Esa ZatNya, Esa sifatNya dan Esa juga perangaiNya. Mustahil ia mempunyai zat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

7. sifat wajib : qudrat
makna : kuasa
sifat mustahil : Allah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. sifat wajib : iradat 
makna : menentukan
sifat mustahil : Allah itu menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9. sifat wajib : ilmu
makna : mengetahui
sifat mustahil : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10. sifat wajib : hayat
makna : hidup
sifat mustahil : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati

11. sifat wajib : sama
makna : mendengar
sifat mustahil : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengan.

12. sifat wajib : basar 
makna : melihat
sifat mustahil : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13. sifat wajib : kalam
makna : berkata-kata
sifat mustahil : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14. sifat wajib : qoodirun
makna : maha kuasa
sifat mustahil : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bg Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15. sifat wajib : muriidun
makna : menentukan
sifat mustahil : Allah taala itu berrkuasa menentukan apa yg dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16. sifat wajib : aalimun
makna : maha mengetahui
sifat mustahil : Allah itu maha mengetahui. Mustahil Allah itu jahil atau tidak mengetahui.

17. sifat wajib : hayuun
makna : hidup 
sifat mustahil : Allah itu hidup dan menghidupkan alam ini. Muustahil pula Allah itu mati

18. sifat wajib : sami'un
makna : mendengar
sifat mustahil : Allah taala itu maha mendengar. mustahil jika Allah tidak mendengar atau tuli.

19. sifat wajib : basiirun
makna : melihat
sifat mustahil : Allah taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Alah itu tidak melihat atau buta.

20. sifat wajib : mutakallimun
makna : maha berkata-kata
sifat mustahil : Allah taala itu berkata-kata. mustahil jika Allah bisu atau tidak boleh berkata-kata.

ha .. !! da abz bace .. ?? 
TAHNIAH kpd anda kerana habis bace .. !! 
tak lama pon kan 2 min j da ciap .. 
semoga apa yg sy coretkan ini dpt menambah ilmu pengetahan kita bersama.
Fighting .. !! =)
Assalamualaikum .. 

Hebat! Jom Baca & Ikut Cara Ustaz Azhar Idrus Bercinta!..

Seronok betol baca pengalaman ustaz kahwin ni..

--> http://www.ar-rifke.com/2011/12/hebat-jom-baca-ikut-cara-ustaz-azhar-idrus-bercinta.html

Golongan yang Dituntut Oleh Agama Islam Untuk Diberikan Sedekah

Andainya kita berkemampuan dan dianugerahi rezeki lebih, alangkah baik jika ia dibahagikan kepada mereka yang memerlukan. lebih - lebih lagi dikalangna ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.

selain mengeratkan silaturahim, ia juga dapat dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan kebajikan. Malah amalan bersedekah amat digalakkan oleh Allah s.w.t. Terdapat enam golongan yang dituntut oleh agama Islam untuk diberikan sedekah.

Mereka terdiri daripada :
1. Orang - orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah

Ini kerana mereka dapat menggunakan wang atau barang yang disedekahkan itu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Dengan itu anda juga akan Memperoleh manfaat dan pahala atas apa yang dilakukan oleh mereka.

2. Golongan alim ulama dan orang yang berpengetahuan dalam ilmu agama

Memberikan sedekah kepada golongan ini samalah dengan membantu mengembangkan agama. Ilmu agam adalah semulia - mulia ibadah di sisi Allah. Lebih - lebih lagi jiika disertakan dengan niat yang suci. 
Bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan membolehkan mereka memberi lebih tumpuan dalam usaha menyebarkan ilmu agama Allah.

3. Pastikan penerima sedekah benar - benar seorang yang bertaqwa

Anda harus memastikan penerima sedekah itu seorang yang taat dan bertaqwa kepada Allah. Ini dapat dilihat apabila seaik sahaja menerima sedekah, dia segera memuji Allah dan bersyukur kepadanya.
Orang seperti ini akan menghargai pemberian orang, dan menganggapnya ia datang daripada Allah dan anda adalah pengantaranya. Melalui cara ini juga dapat meningkatkan lagi ketaqwaannya kepada Allah. Oleh itu kita amat digalakkan untuk membantu mereka.

4. Penerima usah merayu atau mengadu untuk mendapatkan derma

Sepatutnya penerima sedekah menjaga maruahnya dan tidak perlu merayu untuk mendapatkan sedekah. Oleh itu penderma juga dinasihatkan supaya memberikan sedekah kepada mareka yang beriman walau dimana sahaja mereka berada, berbanding mereka yang meminta - minta.
Jadi anda harus berusaha mencari golongan yang beriman ini. Pahala memberikan sedekah kepada golongan ini berlipat kali ganda berbanding memberikan pada golongan yang suka meminta - minta.

5. Memberikan sedekah kepada yang mempunyai banyak tanggungjawab

Pilihlah golongan yang mempunyai banyak tanggungjawab sama ada yang terpaksa menanggung ibu bapa uzur, memiliki anak ramai, yang terlantar sakit atau sebab - sebab lain. Kita digalakkan untuk membantu golongan ini bagi meringankan beban mereka.

6. Utamakan sedekah kepada keluarga terdekat

Selain sedekah, pemberian juga dapat menyambung silaturahim akan memperoleh pahala yang besar disisi Allah. Walaupun nilainya tidak seberapa, tetapi ia amat bermakna buat mereka.

Saiyidina Ali pernah berkata,

"Jika aku mempereratkan perhubungan dengan salah seorang daripada saudara mara dengan memberinya satu dirham sahaja, adalah lebih bermakna berbanding jika aku memberikan 20 dirham kepada orang lain."

Ungkapan itu menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan sehingga ia perlu diberi keutamaan dlam pelbagai aspek termasuk pemberian sedekah.

Selain daripada kepada ahli keluarga, pemberian sedekah kepada sahabat dan kawan - kawan seperjuangan juga harus diberi keutamaan.




Istilah Yang Wajib Anda Faham


Vatican
- pusat pemerintahan agama Christian (mazhab Roman Katolik).
- terletak di Rom.


Paus
- ketua agama Christian Sedunia,
- jawatan ini sekarang dipegang oleh manusia bernama Pope Benedict
- Benedict = bermaksud terakhir


Lucifer
- adalah nama lain bagi Iblis (seperti dalam catatan Al-Quran)
- beliau adalah makhluk dari kalangan makhluk berakal Jin
- dahulunya beliau bernamaAzazil
- Azazil menjadi pegawai peringkat tertinggi di alam langit sehingga dapat memimpin malaikat
- keengganan Azazil sujud “tanda hormat” pada jasad manusia bernamaAdammenyebabkan dia disumpah
- lalu Azazil ditarik nikmat pegawai terhebat dan menjadi sehina-hina mahluk berakal
- maka, Azazil = Iblis (adalah makhluk yang sama, sedangkan anak-anaknya bernamaSyaitan)
- Iblisjumlahnya 1 makhluk sahaja, sedangkan syaitan berjumlah berbillion…


Anti Christ
- nama lain bagiAl-Masih Dajjal(gelaran oleh orang Islam)
- matanya telah buta sebelah (hari ini terkenal dengan symbol mata 1)
- bayang-bayang kehadirannya ialah (segitiga, mata 1, pyramid, singa)


Jesus

- nama lain bagiAl-Masih Isa(gelaran oleh orang Islam)
- akan diturunkan tak lama lagi (melalui tanda-tandakeringnya air tawar di Tasik Galilee)


Allah
- adalah tuhan kepada seluruh alam galaksi ini
- jumlahnya hanya 1 dan dialah satu-satunya tuhan yang wajib disembah
- tuhan itu tidak bersifat seperti makhluk (ada diajar dalam Islam)


Adam
- manusia pertama ciptaan Allah
- Hawa adalah nama perempuan pertama dan beliau adalah isteri Adam.


JESUIT PRIEST
- Salah seorang paderi suruhanPaus.


The Last Pope
- Pemimpin Vatican yang terakhir


Pope Roman Peter II
- Dikatakan beliau akan perintah dunia ini dari Middle Earth, di Israel, bukan di Rom.


Cantus
- adalah warisan‘Knight Templar’


Benidictine Order
- salah 1 sistem kehidupan Dajjal yang dicorak oleh Vatican dan ramai mengamalkan secara tak sedar


New WorldOrder
- adalah 1 sistem global sedunia yang hampir semua Negara mempunyainya


Freemasonry
- salah 1 ejen sulit Al-Masih Dajjal di zaman modern,
dahulunya mereka ini dikenali sebagai Knight of Templar (ketika Perang Salib)


Zionis
- adalah 1 bangsa puak kiri Yahudi yang mengatur dunia mengikur oder mereka termasuklah pemakanan, pakaian, budaya, hiburan, kewangan, dll lagi.


Bishop

- Salah seorang paderi peringkat tertinggi suruhan Paus.


Muhammad
- Nabi~Rasul terakhir yang diturunkan untuk panduan manusia mengenal tuhan dan menjalankan hidup yang baik di alam dunia.


Salehuddin
- Seorang Khalifah Islam yang hebat yang mengamankan seluruh dunia sehingga beratus-ratus tahun selepas mendapat kemenangan di Perang Salib.


Jacques de Molay
- Orang suruhan Paus yang memiliki keupayaan luar biasa dari jangkauan manusia biasa


Kafir
- Manusia berakal yang tidak beragama Islam, tetapi tahu Islam itu wujud dan benar……..
- Kafir =murtad (sama erti)
- Murtad = keluar dari Islam (selepas tahu Islam itu benar)


Yahudi
- Manusia berbangsa Jews (dalam bahasa Inggeris)
- Yahudi adalah keturunan Nabi Ishak dari ibunya Sarah, iaitu isteri ke-1 Nabi Ibrahim.
- Yahudi yang percaya kepada tuhan yang 1 iaitu Allah dinamakan (ahli kitab)
- Yahudi merupakan bangsa paling zalim di dunia kerana itu banyak Nabi diturunkan kepada mereka supaya berubah
- Yahudi adalah bangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri kerana itu bangsa ini merempat beribu-ribu tahun
- Akhirnya pada hari ini, Yahudi berjaya merampas tanah Palestin, untuk menanti ketibaan Al-Masih Dajjal.
- The Rulling State of The World will establish from Holy Land, Jerusalem, Golden Age of Nabi Sulaiman…!!!


Al-Masih Mahdi
- Pemimpin akhir zaman, dia keturunan Nabi Muhammad.
- Kebetulan, nama beliau ialah Muhammad Bin Abdullah. (mengikut banyak rekod hadis Sahih)


Agama
- Adalah fahaman untuk penyembahan dan mengenal tuhan.

- Hanya Islam sahaja diakui sebagai agama yang diredhoi di sisi Allah.