Sunday, April 22, 2012

Golongan yang Dituntut Oleh Agama Islam Untuk Diberikan Sedekah

Andainya kita berkemampuan dan dianugerahi rezeki lebih, alangkah baik jika ia dibahagikan kepada mereka yang memerlukan. lebih - lebih lagi dikalangna ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.

selain mengeratkan silaturahim, ia juga dapat dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan kebajikan. Malah amalan bersedekah amat digalakkan oleh Allah s.w.t. Terdapat enam golongan yang dituntut oleh agama Islam untuk diberikan sedekah.

Mereka terdiri daripada :
1. Orang - orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah

Ini kerana mereka dapat menggunakan wang atau barang yang disedekahkan itu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Dengan itu anda juga akan Memperoleh manfaat dan pahala atas apa yang dilakukan oleh mereka.

2. Golongan alim ulama dan orang yang berpengetahuan dalam ilmu agama

Memberikan sedekah kepada golongan ini samalah dengan membantu mengembangkan agama. Ilmu agam adalah semulia - mulia ibadah di sisi Allah. Lebih - lebih lagi jiika disertakan dengan niat yang suci. 
Bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan membolehkan mereka memberi lebih tumpuan dalam usaha menyebarkan ilmu agama Allah.

3. Pastikan penerima sedekah benar - benar seorang yang bertaqwa

Anda harus memastikan penerima sedekah itu seorang yang taat dan bertaqwa kepada Allah. Ini dapat dilihat apabila seaik sahaja menerima sedekah, dia segera memuji Allah dan bersyukur kepadanya.
Orang seperti ini akan menghargai pemberian orang, dan menganggapnya ia datang daripada Allah dan anda adalah pengantaranya. Melalui cara ini juga dapat meningkatkan lagi ketaqwaannya kepada Allah. Oleh itu kita amat digalakkan untuk membantu mereka.

4. Penerima usah merayu atau mengadu untuk mendapatkan derma

Sepatutnya penerima sedekah menjaga maruahnya dan tidak perlu merayu untuk mendapatkan sedekah. Oleh itu penderma juga dinasihatkan supaya memberikan sedekah kepada mareka yang beriman walau dimana sahaja mereka berada, berbanding mereka yang meminta - minta.
Jadi anda harus berusaha mencari golongan yang beriman ini. Pahala memberikan sedekah kepada golongan ini berlipat kali ganda berbanding memberikan pada golongan yang suka meminta - minta.

5. Memberikan sedekah kepada yang mempunyai banyak tanggungjawab

Pilihlah golongan yang mempunyai banyak tanggungjawab sama ada yang terpaksa menanggung ibu bapa uzur, memiliki anak ramai, yang terlantar sakit atau sebab - sebab lain. Kita digalakkan untuk membantu golongan ini bagi meringankan beban mereka.

6. Utamakan sedekah kepada keluarga terdekat

Selain sedekah, pemberian juga dapat menyambung silaturahim akan memperoleh pahala yang besar disisi Allah. Walaupun nilainya tidak seberapa, tetapi ia amat bermakna buat mereka.

Saiyidina Ali pernah berkata,

"Jika aku mempereratkan perhubungan dengan salah seorang daripada saudara mara dengan memberinya satu dirham sahaja, adalah lebih bermakna berbanding jika aku memberikan 20 dirham kepada orang lain."

Ungkapan itu menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan sehingga ia perlu diberi keutamaan dlam pelbagai aspek termasuk pemberian sedekah.

Selain daripada kepada ahli keluarga, pemberian sedekah kepada sahabat dan kawan - kawan seperjuangan juga harus diberi keutamaan.




2 comments:

  1. salam kenalan . done following you !
    come , visit my site ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga ... same2 la kite ye .. tapi maaf le ye .. blog kite xcntik .. :D

      Delete